Arahan Berhenti Pertempuran_Dunkirk

Petikan arahan berhenti
Semasa hari berikutnya... telah diketahui bahawa keputusan Hitler sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Goering. Bagi ditaktor, pergerakan pantas Tentera, yang risiko dan jangkaan kejayaan dia tidak faham kerana ketiadaan latihan ketenteraan, menjadi seolah mengancam. Dia sentiasa dihantui oleh perasaan bimbang bahawa kekalahan menghantui ...
—Halder, dalam surat pada Julai 1957.[12]
Major L. F. Ellis menulis:

"Catatan harian disimpulkan dengan ulasan: "Tugas Kumpulan Tentera A boleh dianggap telah selesai terutamanya" Satu pandangan yang menjelaskan lebih lanjut keengganan Rundstedt untuk menggunakan divisi perisainya di peringkat pembersihan fasa pertama dalam kempen ini.[13]

Halder menulis dalam diarinya pada 30 May:

"Brauchitsch marah ... Poket penentangan pasti akan dihapuskan di pantai hanya sekiranya pasukan berperisai kita tidak ditahan. Cuaca buruk telah menghalang Luftwaffe dan kita kini perlu berdiri dan melihat beribu musuh lepas ke England betul-betul di hadapan muka kita."[14]

Pada 24 Mei, Hitler telah melawat ibu pejabat Jeneral von Rundstedt di Charleville. Von Rundstedt menasihati beliau bahawa pasukan infantri harus menyerang tentera British di Arras, di mana pihak British telah membuktikan kemampuan bertindak yang ketara, manakala pasukan perisai Kleist yang memegang perbatasan barat dan selatan Dunkirk perlu menyerang pihak Berikat yang berundur di hadapan Kumpulan Tentera Darat B. Perintah ini membenarkan pihak Jerman untuk memperkukuhkan kemenangan mereka dan bersedia untuk mara ke arah selatan untuk menentang pasukan Perancis yang tersisa. Rupa bumi di sekitar Dunkirk dipercayai tidak sesuai untuk pasukan perisai; Hitler telah biasa dengan paya Flanders dari Perang Dunia Pertama. Sungguhpun juruterbangnya telah berjuang selama dua minggu berturut-turut, mereka telah dibantu oleh methamphetamine sintetik, dan komander Luftwaffe Hermann Göring meminta peluang untuk membinasakan pasukan musuh di Dunkirk. Pembinasaan Tentera Bersekutu tersebut pada mulanya ditugaskan pada tentera udara dan pasukan infantri Jerman diataur dalam Kumpulan Tentera B. Von Rundstedt kemudiannya menggelarkannya sebagai "salah satu titik perubahan yang besar ketika perang."[15][16][17][18]

Sebab sebenar bagi keputusan untuk menghentikan pasukan perisai Jerman pada 24 Mei masih dibahaskan. Satu teori adalah Von Rundstedt dan Hitler bersetuju untuk menyimpan pasukan berperisai untuk Fall Rot, satu operasi di selatan. Ada kemungkinan bahawa hubungan Luftwaffe yang lebih rapat kepada Parti Nazi berbanding tentera menyumbang kepada permintaan Göring ini diluluskan oleh Hitler. Satu teori-yang tidak ramai sejarahwan percaya adalah Hitler masih cuba untuk menubuhkan hubungan perdamaian diplomatik dengan Britain sebelum Operasi Barbarossa (Penjajahan Kesatuan Soviet). Sungguhpun von Rundstedt, selepas perang menyatakan rasa syak wasangka bahawa Hitler mahu "untuk membantu British", berdasarkan dakwaan dia memuji Empayar British semasa lawatan ke ibu pejabatnya, tiada terdapat sebarang bukti wujud bahawa Hitler mahu untuk membiarkan pihak Berikat lepas lari.[16][18][19] The historian Brian Bond stated:

Tidak ramai ahli sejarahwan kini menerima pandangan bahawa tingkah-laku Hitler dipengaruhi oleh keinginannya bagi melepaskan British pergi dengan rigan dengan harapan mereka akan menerima perdamaian tolak ansur. Benar, dalam kenyataan politiknya bertarikh 26 Februari 1945 Hitler menyesali bahawa Churchill "tidak dapat menghargai semangat kesukanan" dalam mana dia telah menahan dari menghapuskan Pasukan Ekspedisi British, di Dunkirk, tetapi ini tidak disokong dengan rekod kontemporari. Arahan No. 13, yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Agung pada 24 Mei yang menegaskan khusus bagi penghapusan tentera Perancis, Inggeris dan Belgium dalam poket penentangan, manakala Luftwaffe telah diarahkan untuk menghalang angkatan Inggeris lolos menyeberangi selat British.[20]

Walau apa pun alasan bagi keputusan Hitler, pihak Jerman yakin bahawa tentera Berikat telah hancur. Wartawan Amerikan William Shirer melaporkan pada 25 Mei, "kalangan tentera Jerman di sini malam menyatakan dengan tegas. Mereka berkata nasib tentera Bersekutu yang terperangkap di Flanders telah ditentukan." Komander BEF Bangsawan Gort bersetuju, menulis kepada Anthony Eden, "Saya tidak boleh menyembunyikan daripada anda bahawa sebahagian besar daripada BEF dan peralatannya tidak dapat tidak akan hilang dalam keadaan yang terbaik".[18] Hitler tidak membatalkan Perintah Berhenti sehingga petang 26 Mei.Tiga hari tersebut dengan itu memberi ruang bernafas yang penting pada Tentera Laut Diraja untuk mengatur pengunduran tentera British dan Sekutu. Kira-kira 338,000 orang telah diselamatkan dalam tempoh kira-kira 11 hari. Daripada jumlah ini, 215,000 adalah tentera British dan 123,000 adalah tentera Perancis, yang mana 102,250 melarikan diri dengan kapal-kapal British.[21]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Dunkirk http://militaryhistory.about.com/od/worldwarii/p/d... http://www.britannica.com/event/Dunkirk-evacuation http://www.britishpathe.com/record.php?id=84564 http://www.dynamo-dunkerque.com/ http://www.historic-uk.com/HistoryUK/HistoryofBrit... http://www.secondworldwarhistory.com/rescue-at-dun... http://spitfiresite.com/2010/05/battle-of-britain-... http://www.historyofwar.org/articles/operation_dyn... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/8701830.stm